Terma kewangan dan perakaunan sering digunakan secara tertukar ganti dalam kalangan usahawan pemula. 2 terma ini sering tertukar ganti maksudnya dan menjadi antara sebab kita terlepas pandang elemen-elemen yang penting dalam skop pengurusan perniagaan. 2 terma ini perlu terlebih dahulu kita fahami sebelum kita boleh mengatur dan pentadbir semua yang perlu dalam bisnes kita. Walaupun perakaunan dan kewangan secara amnya berkaitan dengan perjalanan wang bisnes, namun terdapat perbezaan ketara antara keduanya.
Kandungan
Tujuan
Perakaunan adalah tentang menjejaki transaksi Perakaunan, manakala kewangan ialah tentang membuat keputusan yang “smart” berkenaan dana perniagaan.
Fokus
Perakaunan melihat kepada apa-apa perkara berkaitan dengan kewangan yang lepas, sekarang dan akan datang, manakala kewangan melihat laporan kewangan, membawa kepada masa akan datang dan membuat rancangan bagaimana untuk menggunakan dana dan sumber perniagaan dengan sebaik-baiknya.
Peranan
Perakaunan memastikan “nombor” adalah benar dan mengumpulkan data-data transaksi menjadi satu laporan kewangan perniagaan, sementara bahagian kewangan memikirkan tentang gambaran yang lebih besar dan membentangkan strategi kewangan.
Kemahiran
Akauntan memerlukan kemahiran memahami prinsip Perakaunan dan perhatian kepada perincian bagi setiap transaksi perniagaan. Pakar kewangan mestilah berkemahiran menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara Kritikal. Bahagian kewangan juga memerlukan kemahiran tentang produk-produk dan pasaran kewangan.
Output
Akauntan menyediakan laporan kewangan; kunci kira-kira, penyata untung rugi, lejar-lejar, laporan aliran tunai, manakala bahagian kewangan memberikan laporan prestasi, analis, rancangan kewangan dan cadangan penggunaan dan pelaburan.
Fungsi
Perakaunan ialah sistem sokongan kepada kewangan, manakala kewangan ialah pemacu kepada perkembangan perniagaan.
Kepentingan
Kedua-dua perakaunan dan kewangan adalah penting untuk memastikan kejayaan perniagaan. Penyata kewangan yang tepat memberikan gambaran yang jelas tentang prestasi kewangan perniagaan, dan keputusan kewangan yang tepat membantu memastikan kestabilan dan pertumbuhan kewangan perniagaan.
Sebagai contoh, jika syarikat tidak mempunyai penyata kewangan yang tepat, ia mungkin membuat keputusan kewangan yang buruk yang memberi kesan negatif terhadap masa depan kewangannya.
Begitu juga, jika syarikat itu tidak mempunyai pelan kewangan yang kukuh, ia mungkin tidak dapat memanfaatkan sumbernya dan mencapai matlamat kewangannya.
Soalan PK
Jadi, jika anda perlu mengambil pekerja untuk menguruskan perakaunan, kemahiran manakah yang anda perlukan? Atau jika anda perlukan perkhidmatan profesional, apakah skop atau masalah yang ingin anda selesaikan?
Perakaunan atau kewangan? 🙂