Aset tidak ketara ialah hak, keistimewaan atau kelebihan kompetitif yang diperoleh yang mana aset tersebut boleh dikenal pasti tanpa bahan fizikal.
Aset tidak ketara boleh wujud dalam bentuk lesen, kontrak atau harta intelek. Aset tidak ketara juga boleh diperoleh daripada sumber yang berikut:
- Paten, hak cipta (copyright), lesen (license), tanda dagangan (trademark) dan jenama (Brand)
- Pembelian perniagaan lain, di mana harga pembelian adalah termasuk pembayaran untuk Niat Baik/Muhibah (Goodwill)
- Hak penggunaan khas hasil daripada perjanjian konrak seperti francais dan pajakan