Pendapatan adalah sumber masuk dan penambahan nilai perniagaan daripada penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Nilai perniagaan bertambah disebabkan pelanggan:
- Membayar tunai untuk produk dan perkhidmatan
- Berjanji untuk membayar tunai ( Berhutang dahulu kemudian bayar). Janji ini dikenali sebagai Akaun Belum terima dan pelanggan tersebut digelar Penghutang selagi belum bayar.
Selain daripada penjualan produk atau perkhidmatan, penerimaan faedah dan dividen juga adalah di bawah kategori hasil dan pendapatan.
Pendapatan diiktiraf mengikut konsep perakaunan akruan, yang mana transaksi hasil dan pendapatan direkodkan semasa ia berlaku dan bukannya semasa penerimaan bayaran.