Bertentangan dengan pendapatan, perbelanjaan adalah sumber keluar perniagaan dan mengurangkan nilai perniagaan. Perbelanjaan ini berlaku bagi menggerakkan operasi perniagaan untuk mendapatkan hasil dan pendapatan. Perbelanjaan ini juga dikenali sebagai perbelanjaan operasi atau perbelanjaan hasil.
Jenis-jenis perbelanjaan operasi bergantung kepada aktiviti perniagaan dan ia mungkin berbeza dari satu industri ke industri lain.